Najib Dan Kangkung

Added by | 5 yearss ago

801

Pengguna laman sosial mencemuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak susulan kenyataannya dalam satu majlis mengenai harga kangkung yang turun di pasaran tetapi rakyat tidak berterima kasih. Presiden Umno tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik bertarikh 12 Januari 2014 mempersoalkan mengapa kerajaan dipersalahkan tatkala harga barang naik tetapi ketika harga turun tidak pula dipuji. "Bila harga barang naik, sawi naik, kangkung naik. Ada masa dia naik, ada masa dia turun. "Hari ini saya baca dalam surat khabar ada yang dah turun. Kangkung dulu naik sekarang dah turun, bila dah turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan. Ini tidak adil," kata Najib yang dipetik berkata dalam video tersebut.

Channel: Malaysia News

Related tags:

Connect with Fb