Penyokong kedua-dua pasukan saling bertukar provokasi sebaik sahaja perlawanan Liga Super antara Pahang dan Johor Darul Takzim (JDT) berakhir di Stadium Darul Makmur di sini malam tadi. Semuanya berpunca dari segelintir penyokong taksub dari kedua-dua pihak yang melemparkan kata-kata provokasi sambil membaling botol minuman. Namun anggota polis pantas mengawal keadaan dengan mengepung kawasan tempat duduk penyokong JDT, sekali gus mengelak kejadian lebih buruk. Selain itu, pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) turut dikerahkan mengiringi penyokong JDT keluar daripada stadium supaya tidak tercetus pergaduhan. Sementara itu, polis mengesahkan tiada sebarang tangkapan dilakukan pihaknya walaupun tercetus beberapa insiden pergaduhan antara penyokong Pahang dan Johor Darul Takzim. Perlawanan berkesudahan Pahang menang 3-2 ke atas JDT. LOKASI : Stadium Darul Makmur Kuantan TARIKH : 7- Februari-2014 EVENT : Perlawanan bola Liga Super

Channel: Malaysia News

Related tags:

Connect with Fb