Saluran ini adalah disediakan sebagai satu medium untuk peminat dan pembenci Michael Ang dan artis-artis yang pernah berlakon di bawah pengarahan atau ada kena mengena dengan beliau supaya kita boleh berkongsi kritikan dan komen terhadap mereka. Siapakah Michael Ang? Michael Ang atau nama penuhnya Michael Ang Hai Swee, seorang Cina Malaysia adalah dilahirkan di Melaka. Dia adalah pengarah tersohor filem dan drama bersiri yang semakin hari penuh dengan kontroversi contohnya paparan adegan lelaki yang tidak berbaju dan percubaan untuk adegan threesome. Antara filem beliau yang popular ialah Qada' The Movie. Drama Bersiri yang popular arahan Michael Ang adalah DHAT ata Dalam Hati Ada Teman. Antara artis yang pernah di bawah filem beliau adalah Sharifah Sakinah, Marsha Milan, Amar Ashyraf, Erra Fazirra, Eda Nerina, Elfira Loy, Hanez Suraya, Didie Alias, Rizal Jaafar, Azza Elite, Sharifah Sahora dan lain-lain lagi.

Channel: Malaysia News

Related tags:

Connect with Fb