Walaupun nasib pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak awal mpagi tadi belum dapat disahkan, namun kaum keluarga mula berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Kira-kira 20 individu dipercayai anggota keluarga dilihat berkumpul di bilik Menara Tinjau, KLIA. Seorang daripada keluarga penumpang pesawat berkata beliau dimaklumkan setiap keluarga diberi dua tiket untuk ke kawasan pesawat berkenaan dan mereka akan bertolak pada jam 6 petang.

Channel: Malaysia News

Related tags:

Connect with Fb