Gobind Singh Deo memberitahu wartawan bahawa mayat ayahnya, Karpal Singh yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara dekat Kampar akan dibawa ke Pulau Pinang tengahari ini selepas urusan bedah siasat selesai. Katannya, besar kemungkinan mayat Pengerusi DAP itu akan disemadikan pada hujung minggu ini, iaitu pada petang Sabtu atau Ahad, selepas perbincangan dengan ahli keluarga.

Channel: Malaysia News

Related tags:

Connect with Fb