Calon Bebas pilihan raya kecil Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan membuat kecoh di hadapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini. Beliau yang menunggu sejak jam 12:30 tengah hari untuk berjumpa Lim Guan Eng bertindak nekad menahan Ketua Menteri Pulau Pinang yang mahu beredar dengan kereta kira-kira jam 2 petang. Selepas 10 minit dihalang oleh sekumpulan pengawal keselamatan,beliau kemudiannya 'merempuh' kereta Lim dan terus terbaring di atas jalan raya. Abu Backer kemudian mendakwa dilanggar dan mengadu sakit di bahagian rusuk kanannya. Ambulans tiba pada jam 2.30 petang membawa beliau ke Hospital Pulau Pinang.

Channel: Malaysia News

Related tags:

Connect with Fb