Lagi video kes buli di Asrama

Added by | 3 yearss ago

440

Berdasarkan video yang berdurasi selama 6 minit itu kelihatan seorang budak lelaki telah dibuli oleh beberapa pelajar lelaki yang lebih senior di dalam sebuah bilik dipercayai asrama. Kelihatan 5 orang pelajar tersebut menendang dan memukul di bahagian kepala dan badan mangsa buli itu tanpa belas kasihan. Mangsa juga diseret beberapa kali biarpun mangsa menangis kesakitan dan menjerit beberapa kali yang cuba merayu untuk tidak dipukul lagi. Namun rayuannya tidak diendahkan dan mangsa buli tersebut terus dipukul. Kelihatan juga kumpulan pelajar yang memukul tersebut bersuka ria memukul mangsa dengan berjoget-joget sambil memasang lagu. Namun lokasi kejadian masih belum dapat dipastikan lagi. Hanya kelihatan wajah mangsa dan pemukul jelas di dalam video tersebut. Diharap pemukul tersebut dapat diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Channel: Malaysia News

Related tags:

Connect with Fb