Ringkasan 14 Video Liputan Banjir Di Kelantan [Summary Clips From 14 Videos During Historic Flooding in Kelantan, East Coast State of Malaysia - Disember 2014]. Semoga penduduk² kawasan berkenaan tabah menghadapi MUSIBAH dari Maha Esa.. 1. Banjir Laluan Sungai durian Kuala Krai Kelantan 2. Trak Tentera Bantuan Banjir Terkandas Semasa Operasi Bantuan Banjir Di Kelantan 3. Helikopter Penyelamat Banjir Tidak Dapat Mendarat Ekoran Tiada Kawasan Sesuai - Kuala Krai Kelantan 4. Operasi Menyelamat Mangsa Banjir Di Pasir Pekan 5. Banjir Bandang Arus Deras Air sungai Kelantan 6. Banjir di Kelantan Kampung Pertok Temangan Machang 25 Disember 2014 7. Babi Hutan Terlepas Dari Kandang Semasa Banjir Di Kelantan Disember 2014 8. Video Sekitar Sungai Kelantan Guna Jet Ski - Banjir Besar Disember 2014 9. Banjir Paling teruk Dalam Sejarah Di Kuala Krai Kelantan Disember 2014 10. Keadaan Banjir Di Sekitar Pasar Besar Kuala Krai Disember 2014 11. Paras Air Naik Dengan Begitu Cepat Sekali Akibat Hujan Yang Berterusan Banjir Besar Kelantan Disember 2014 12. Detik Cemas 3 Mangsa Berpaut Pada Bendera Dan Tong Minyak - Banjir Di Pantai Timur Disember 2014 13. Kereta Tenggelam Jadi Kapal Selam Penduduk Cemas Di Atas Bumbung - Banjir Di Pantai Timur Disember 2014 14. Al-Fatihah, Ikram Cuba Menyelamatkan Sepupunya Nuar yang sedang lemas, namun kedua2nya meninggal dunia Berita Seterusnya: PENDUDUK KG. LALOH KELAPARAN, PECAH PINTU KEDAI RUNCIT Penduduk Kg. Laloh di Jajahan Kuala Krai, Kelantan terpaksa memecah pintu kedai runcit di kampung mereka setelah tiga hari tidak menerima bekalan makanan. Mangsa banjir, Faizal Ab Rahim berkata, sehingga jam 4.00 petang tadi (Khamis) tiada satu pun bantuan bekalan makanan diterima untuknya dan lebih 2500 lagi mangsa dari 500 keluarga yang berpindah ke SK Laloh. “Setakat ini tiada pihak menghulurkan bantuan. Helikopter dah berlegar di udara, tetapi tidak tahu apa tujuan helikopter berkenaan.” Begitupun, tindakan memecah masuk kedai runcit itu dibuat setelah mendapat kebenaran pemiliknya. “Pusat perpindahan pertama kami di SMK Laloh turut dinaiki air sehingga ke aras dua. Mangsa kemudian berpindah ke penempatan kedua iaitu di SK Laloh.” Kg. Laloh terputus hubungan setelah semua jalan darat ditenggelami air tiga hari lalu. Sumber: http://terbakor.com/2014/12/26/penduduk-kg-laloh-kelaparan-pecah-pintu-kedai-runcit/ TERBARU!!! 9.35am: Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak kini meningkat kepada 103,413 orang - meningkat sebanyak 9,395 mangsa dari malam tadi, demikian menurut tweet Bernama. 9.05am: PAS Selangor akan mengadakan solat hajat ekoran banjir besar melanda negara ini, terutama di pantai timur. Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad (kiri) berkata konvoi lebih 130 anggota berlepas dalam empat kumpulan untuk Kelantan dan Terengganu. Katanya, terdapat 27 kenderaan pacuan empat roda dan sembilan lori membawa tiga hingga 10 tan barangan keperluan untuk mangsa banjir. Mereka yang ingin menyumbang kepada mangsa banjir boleh datang ke Pusat Pengumpulan PAS Selangor beralamat di Dewan Merbau, Jalan Senangin 17/2, Seksyen 17, Shah Alam atau menghubungi En. Rayme Abd Rahman 018 664 5036. 8.50am: Di Kota Bahru malam tadi, Bernama melaporkan jambatan Petra Jambatan Sultan Yahya (di bawah) yang menghubungkan bandar Kota Baharu ke Pasir Pekan, Tumpat, kini ditutup kepada semua kenderaan selepas air di Sungai Kelantan melimpah naik. Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Rohaimi Md Isa, ketika dihubungi, berkata jambatan itu ditutup kepada semua lalu lintas kerana keadaan itu berbahaya kepada pengguna jalan raya. Laporan Bernama juga menyatakan bahawa air banjir dari Gua Musang dan Kuala Krai kini mengalir ke arah daerah Kota Baharu. 8.40am: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed mengakui terdapat kelemahan dalam mengurus dan menyelamatkan mangsa banjir di Kelantan. Mustapa, juga anggota Parlimen Jeli, mengambil masa 10 jam dengan bot untuk perjalanan ke Kuala Krai, kawasan yang terjejas dengan mendalam akibat banjir. Beliau menyifatkan banjir tahun ini sebagai besar berbanding tahun-tahun lalu dan berkata ini menyebabkan kelemahan kerajaan dalam menyelaras bantuan. 8.30am: Semalam, seorang doktor di sebuah klinik kerajaan di Badang memuatkan posting mengenai keadaan terdesak di kliniknya yang beliau dakwa terputus hubungan akibat banjir dan tidak mendapat apa-apa bekalan. "Oh ya, saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada perdana menteri kita di Hawaii sementara cuti kami semua telah dibekukan dan berkorban nyawa demi rakyat tercinta. 8.00am: Malam tadi Bernama melaporkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menggantung operasi 1,606 pencawang stesen di seluruh Kelantan, Pahang dan Terengganu memandangkan banjir semakin teruk. Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/284587

Channel: Malaysia News

Related tags:

Connect with Fb