PENANGKAPAN vokalis kumpulan Slam, Zamani nyata mengejutkan sebilangan besar peminat setia penyanyi ini. Ketika ini heboh di laman sosial tentang sebuah rakaman video yang menunjukkan Zamani Slam telah dipaksa menyanyi oleh seorang anggota polis ketika dalam tahanan lokap. Menerusi video itu Zamani dilihat menyanyikan lagu Gerimis Mengundang atas paksaan pihak polis. Semalam, berita penahanan Zamani Slam atas tuduhan memiliki dan salah guna dadah mendapat perhatian ramai dan hari ini orang ramai mula membantah tindakan pihak polis yang dilihat seakan membuli penyanyi popular itu ketika ditahan dalam lokap. Bantahan itu menggunakan hashtag #BantahTindakanPolisKpdZamani mendapat sokongan ramai yang beranggapan ia satu tindakan melampau. Mereka menyarankan agar pegawai polis yang merakam dan menyebarkan rakaman itu dikenakan tindakan kerana mengaibkan penyanyi berkenaan. Kami rasa ini sesuatu yang tidak patut dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas sesiapa pun dalam tahanan mereka kerana bukan sahaja mengaibkan malah seakan memperkecilkan mereka sebagai manusia biasa yang hanya kerana melakukan kesalahan undang undang. Pihak polis perlu segera melihat perkara ini lebih serius & memberikan jawapan kepada masyarakat yang ingin tahu apa sebenarnya yang terjadi. Sumber: http://oomedianetworks.blogspot.com/2015/01/video-orang-ramai-bantah-video-zamani.html Zamani mengaku menagih dadah sejak 10 tahun - KUALA LUMPUR: Bekas vokalis sebuah kumpulan popular tahun 90an telah ditahan di kediamannya di Keramat, dipercayai positif dadah jenis heroin. Vokalis berusia 43 tahun telah ditahan bersama seorang wanita berusia 33 tahun yang turut positif dadah jenis Methaphitamine kira-kira pukul 12.30 pagi tadi (Rabu). Penyanyi popular itu ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 & Seksyen 15(1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952. Menurut maklumat yang dihantar sumber Astro Gempak, kediaman penyanyi tersebut telah diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang Jaya sebelum dia ditahan. Hasil pemeriksaan, satu paket plastik disyaki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram telah ditemui di dalam salah sebuah bilik di kediaman penyanyi itu. Siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam aktiviti penagihan dadah jenis syabu dan heroin sejak 10 tahun lalu. Sumber: http://malaysianreview.com/99670/zamani-mengaku-menagih-dadah-sejak-10-tahun/

Channel: Malaysia News

Related tags:

Connect with Fb