PENANGKAPAN vokalis kumpulan Slam, Zamani nyata mengejutkan sebilangan besar peminat setia penyanyi ini. Ketika ini heboh di laman sosial tentang sebuah rakaman video yang menunjukkan Zamani Slam telah dipaksa menyanyi oleh seorang anggota polis ketika dalam tahanan lokap. Menerusi video itu Zamani dilihat menyanyikan lagu Gerimis Mengundang atas paksaan pihak polis. Semalam, berita penahanan Zamani Slam atas tuduhan memiliki dan salah guna dadah mendapat perhatian ramai dan hari ini orang ramai mula membantah tindakan pihak polis yang dilihat seakan membuli penyanyi popular itu ketika ditahan dalam lokap. Bantahan itu menggunakan hashtag #BantahTindakanPolisKpdZamani mendapat sokongan ramai yang beranggapan ia satu tindakan melampau. Mereka menyarankan agar pegawai polis yang merakam dan menyebarkan rakaman itu dikenakan tindakan kerana mengaibkan penyanyi berkenaan. Kami rasa ini sesuatu yang tidak patut dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas sesiapa pun dalam tahanan mereka kerana bukan sahaja mengaibkan malah seakan memperkecilkan mereka sebagai manusia biasa yang hanya kerana melakukan kesalahan undang undang. Pihak polis perlu segera melihat perkara ini lebih serius & memberikan jawapan kepada masyarakat yang ingin tahu apa sebenarnya yang terjadi. Sumber: http://oomedianetworks.blogspot.com/2015/01/video-orang-ramai-bantah-video-zamani.html Zamani mengaku menagih dadah sejak 10 tahun - KUALA LUMPUR: Bekas vokalis sebuah kumpulan popular tahun 90an telah ditahan di kediamannya di Keramat, dipercayai positif dadah jenis heroin. Vokalis berusia 43 tahun telah ditahan bersama seorang wanita berusia 33 tahun yang turut positif dadah jenis Methaphitamine kira-kira pukul 12.30 pagi tadi (Rabu). Penyanyi popular itu ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 & Seksyen 15(1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952. Menurut maklumat yang dihantar sumber Astro Gempak, kediaman penyanyi tersebut telah diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang Jaya sebelum dia ditahan. Hasil pemeriksaan, satu paket plastik disyaki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram telah ditemui di dalam salah sebuah bilik di kediaman penyanyi itu. Siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam aktiviti penagihan dadah jenis syabu dan heroin sejak 10 tahun lalu. Sumber: http://malaysianreview.com/99670/zamani-mengaku-menagih-dadah-sejak-10-tahun/ -------------------------------------------------------------------------------------||------------------------------------------------------------------------------------------------------------- UPDATE FROM THEMALAYMAILONLINE: Police identified cop involved in leaked video of handcuffed singer KUALA LUMPUR, Jan 22 — Selangor police have identified the policeman involved in the case of recording and spreading the video clip of a singer who was singing while being handcuffed in police custody. Selangor police chief Datuk Abdul Samah Mat said the police were still continuing with the investigation to identify other officers and men involved in the case. The investigation would be completed as soon as possible and presented to the Deputy Public Prosecutor for further action, he said in a statement, here today. Abdul Samah said an internal investigation in terms of misconduct and compliance of the Standard Operating Procedure (SOP) was also being carried out by the Department of Integrity and Standard Compliance (JIPS) of the Selangor Contingent of the Royal Malaysia Police. The case was being investigated under Section 233 of the Communications and Multimedia Act 1998, he said. Abdul Samah also gave an assurance that a transparent investigation would be carried out without protecting anyone and internal action according to disciplinary regulations would be taken against the police personnel involved. Kredit - See more at: #sthash.eO80x7hp.dpuf" target="_blank" rel="nofollow">http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/police-identified-cop-involved-in-leaked-video-of-handcuffed-singer-video#sthash.eO80x7hp.dpuf

Channel: Malaysia News

Related tags:

Connect with Fb