اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ. الفاتحة بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ ◄.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia malam ini. Bekas MB Kelantan itu meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu jam 9.40 malam. Sebelum ini kita telah mendengar seorang bekas pilot bukan beragama Islam beralih kepada Islam setelah beliau mengalami sendiri satu kejadian dimana awan mengiringi jenazah Al Marhum Ustaz Fadhil Mohd Nor. Hari satu rakaman video secara sepontan oleh seorang facebooker menggunakan nama Solehhuddin Al-Ayyubi telah merakam awan mendung mengiringi jenazah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Saya tak mahu komen panjang sekadar membuat pengkongsian video rakaman fb berkenaan. Petikan pada FB berkenaan: Video jenazah beliau di ampu org ramai smpai ke pusara beliau.. Apa yg menarik dlm video ini, kelihatan awan mendung berarak bersama jenazah beliau.. Sy perhatikn awan mendung ini sentiasa berada tepat di atas jenazah beliau di usung.. Beruntunglah wahai tuan guru.. Betapa Allah memuliakan jasad pejuang agama ini.. Allahu rabbi.. First time nmpak awan mendung berarak n sy record sendri.. Rakaman dengan quote "Alam pun turut berduka dan seakan memahami.. Bah besar membanjiri Malaysia baru-baru ini.. Beratus burung berterbangan di atas rumah beliau pagi ini... Dan kini... sekelompok awan besar yang redup menaungi upacara pengebumian.. memberi kenyamanan pada hadirin... Allahuakbar.. matikan kami semua dalam husnul khatimah dan istiqamah dalam perjuangan Islam.. Aamiin" - Syahadatul Hafizah UmmiSolehah Jenazah allahyarham bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Pulau Melaka di Kota Bharu hari ini. Jenazah dikebumikan sekitar 11.30 pagi bersebelahan kubur bapanya Nik Mat Raja Banjar yang meninggal dunia kira-kira 40 tahun lepas. Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin tertinggi PAS lain menyertai ribuan rakyat hadir mengiringi jenazah ke tanah perkuburan. Terdahulu, solat jenazah dilangsungkan di Masjid Pulau Melaka pada 10 pagi, diimamkan Abdul Hadi. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di masjid itu bagi memberi penghormatan terakhir serta menyertai solat jenazah. Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, anggota parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah adalah antara orang kenamaan yang memberi penghormatan terakhir. Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng turut hadir. Jenazah Nik Abdul diusung oleh anak-anaknya ke tanah perkuburan berkenaan. Allahyarham Nik Abdul Aziz meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka pada 9.40 malam tadi. Allahyarham Nik Abdul Aziz yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Chempaka dibawa pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, pada 8.40 malam. Allahyarham dirawat di hospital berkenaan sejak 19 Jan lepas kerana kanser prostat dan keadaan kesihatannya kian merosot sejak Disember tahun lepas.
Channel: Malaysia News
Related tags: