Cucu Anwar laung 'Reformasi' di mahkamah

Added by | 3 yearss ago

391

Slogan “Reformasi” dan “Lawan tetap lawan” seringkali dilaungkan di acara yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun, di Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur hari ini, slogan tersebut dilaungkan oleh seorang anak kecil, cucu kepada ketua pembangkang itu. Anwar tidak dapat menahan senyum apabila mendengar laungan slogan tersebut lantas mendukung cucunya itu. Anak kecil itu meneruskan laungannya dalam pelukan datuknya itu, yang diperhatikan dengan penuh minat oleh individu yang hadir di luar bilik mahkamah.

Channel: Malaysia News

Related tags:

Connect with Fb