Baru-baru ini, gelaran Sasterawan Negara telah dianugerahkan kepada Datuk Baharuddin Zainal atau nama penanya Baha Zain.

Dilahirkan di Hutan Melintang Perak, beliau mula menyerlah selepas karyanya yang berjudul 'Perempuan dan Bayang Bayang' dihasilkan pada tahun 1974.

Beliau juga pernah menerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) pada tahun 1980.
Walau bagaimanapun, satu insiden kontroversi telah tercetus diantara Sasterawan Negara Datuk Shahnon Ahmad dan Datuk Baha Zain baru-baru ini.

Ia berlaku apabila Datuk Shahnon kurang bersetuju dengan penganugerahan Sasterawan Negara terhadap Baha Zain yang dianggap bukan seorang sasterawan sejati dengan karyanya yang 'berselerak' dan 'kurang fokus'.

Datuk Shahnon juga mengatakan bahawa puisi Datuk Baha Zain sebagai 'tidak bermakna dan tidak seberapa.'

Beliau juga mempersoalkan kepimpinan Datuk Baha Zain semasa mengepalai Persatuan Penulisan Nasional atau PENA yang dianggap beliau tidak tegas.

Untuk ini, Datuk Baha Zain telah memilih untuk tidak memberi respons terhadap tohmahan ini.
Datuk Baha Zain dipilih untuk anugerah itu berdasarkan sumbangan beliau terhadap penulisan dan sastera beliau yang bermutu tinggi.

Disamping hadiah wang tunai dan watikat penghormatan negara, beliau juga mendapat tajaan untuk menerbitkan 50,000 naskhah karya untuk diedarkan ke sekolah, jabatan dan agensi kerajaan.

http://www.malaysiakini.com/news/224151

Channel: Malaysiakini

Related tags:

Connect with Fb