PETALING JAYA: Lagi perbuatan jahat dan kurang ajar Alvin Tan mempersenda sensitiviti umat Islam. Dalam rakaman video yang dimuat naik dalam lama Facebooknya, dia dalam keadaan separuh bogel memainkan organ sambil melaungkan azan. Di bawah status Muslim Call to Prayer – Azan R&B cover, dia memuat naik video yang berdurasi 2.50 minit. “Have you had your dose of Allahuakbar for the day!? This is dedicated to the one and only true God, Allah s.w.t., peace be upon Him! And please don’t badger me about the wrong lyrics… First, this is a cover, so creative modification is permitted. Second, I ain’t a suicide bomber aight. My latest goal is to get all mosques in Malaysia to play my cover instead of having them old geezers hunched over the mics, straining their vocal chords and cracking their voices. Let them geezers rest already… preferably in eternal peace. “ALLAHUAKBAR! #Islam #ReligionOfPeace — at Mekkah, Saudi Arabia ,” tulisnya. Video yang dimuat naiknya kemudian dikongsi hampir 2000 pengguna Facebook dan perbuatannya turut mendapat komen negatif daripada pembaca. Pada Jun 2014, Mahkamah Sesyen mengeluarkan waran tangkap terhadap penulis blog, Alvin Tan Jye Yee setelah gagal menyerahkan semula pasportnya selepas berlepas ke Singapura pada 18 Mei tahun yang sama. Sebelum ini, Alvin dan bekas teman wanitanya Vivian Lee menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan iaitu memuat naik di laman Facebook Alvin and Vivian- Alvivi, satu kandungan gambar dan komen di CAF-Syed Restaurant Jalan Dang Wangi pada pukul 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai 2013. Bagi pertuduhan pertama, Alvin dan Vivian didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook Alvin and Vivian- Alvivi iaitu satu kandungan gambar dan komen yang sama yang mengandungi logo halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Channel: Malaysia News

Related tags:

Connect with Fb