Kemalangan bas jatuh gaung di KM3.6 Jalan Genting-Karak Pasukan penyelamat kini dilaporkan sedang mengeluarkan 33 lagi penumpang nahas bas yang terhumban di Genting Higlands, yang dipercayai sudah mati. Pasukan bomba dan penyelamat dikatakan akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua jam lagi untuk mengeluarkan mangsa terbabit. Setakat jam 6 petang ini, 16 penumpang yang cedera sudah dikeluarkan dan mereka kini dikejarkan ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan. Nahas berlaku jam 3 petang tadi ketika bas ulang-alik itu sedang menghala ke Kuala Lumpur dari pusat peranginan itu.

Channel: Malaysia News

Related tags:

Connect with Fb