Kecelaruan informasi dan hebahan media sosial membuatkan maklumat dari kemalangan bas yang terhumban ke gaung di kawasan Genting Highlands bertindih antara satu sama lain. Kejadian pada mulanya dikatakan berlaku di Lebuhraya Karak sementara laporan berita di TV menyebut kemalangan berlaku berhampiran tokong Chin Swee yakni di pinggir puncak Genting. Berita terhebah kemudiannya kononnya dari pihak bomba, 33 orang maut dalam kejadian tersebut. Pun begitu kerja mencari dan menyelamat masih dijalankan untuk mencari mangsa yang bertaburan disekitar gaung. Sehingga jam 8:20 malam,29 mayat telah dikeluarkan dan 4 lagi masih belum dikeluarkan dan dipercayai telah mati. Kesemua mangsa terperosok dan terkumpul ke hadapan bas akibat impak hentaman. Bas tersebut dinyatakan membawa 49 orang penumpang. Yang maut setakat ini 2 mangsa Melayu, 3 mangsa India dan 24 mangsa Cina. Sepertinya ada yang tidak kena dengan sumber yang seolah-olah cuba dilindungi oleh pihak tertentu. Bas yang tertulis GENTING mirip 'bas tambang murah' milik Genting yang beroperasi dari Stesen Bas Genting di pinggir First World Hotel ke Stesen Bas Pekeliling di Jalan Tun Razak, KL. Bas berhenti-henti ini menjadi pilihan 'rakyat' berpendapatan kecil dan para pekerja resort tersebut dengan tambang hanya RM7.00 dan mengangkut cukup ramai penumpang. Tetapi, laporan menyebut ia merupakan sebuah bas persiaran.

Channel: Malaysia News

Related tags:

Connect with Fb